33.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Tiga maut dalam nahas dua buah kenderaan di Kuantan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TIGA maut dalam nahas membabitkan dua buah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kuantan-Maran berhampiran pusingan U Batu Tiga, Tanah Putih, Kuantan, Pahang, kira-kira pukul 11:30 malam tadi.

Mangsa yang maut dalam kemalangan tersebut pemandu kenderaan jenis Proton Iswara, Adzarul Fadzlie Ahmad Roki, 33, dan dua lagi penumpang kenderaan Proton Saga iaitu Azura Iskandar Mohamad, 32, dan anaknya, Nur Izara Al Aishah Mohd. Fairus, 5, yang mengalami kecederaan parah.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Kamarulzaman Jusoh berkata, dalam kejadian itu empat lagi mangsa yang terlibat selamat namun mengalami kecederaan.

Menurutnya, mangsa yang terselamat merupakan pemandu Proton Saga, Mohd. Fairus Md. Yusof, 40, yang mengalami kecederaan di kepala, dan tiga lagi anaknya, Mohamad Al Alif Ikmal, 9, patah tangan; Mohamad Al Hafiz Ikram, 11, cedera bahagian kaki dan kepala dan Nurul Al Aziana Ashikin, 10, juga mengalami kecederaan di kepala.

“Dalam siasatan awal dipercayai pemandu Proton Iswara, Adzrul Fadzlie dari arah Gambang mengahala ke bandar Kuantan dan setibanya di lokasi kejadian kenderaannya yang sedang bergerak lurus itu telah hilang kawalan lantas bergesel dengan sebuah lagi kenderaan yang berada di sebelah kiri laluan.

“Akibat daripada pelanggaran tersebut, kedua-dua kenderaan terbabas ke bahu jalan di sebelah kiri dan menyebabkan Proton Iswara itu terbakar hingga mengakibatkan pemandunya itu terbakar seluruh badan dan meninggal dunia.

Advertisements

“Akibat kemalangan tersebut, dua lagi mangsa kemalangan berada di dalam kenderaan berasingan yang cedera di bahagian kepala turut disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala empat lagi mangsa selamat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Kamarulzaman lagi, hasil daripada siasatan awal mendapati kemalangan tersebut dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu proton Iswara yang gagal mengawal kenderaan.

“Ketika kemalangan keadaan jalan adalah lurus dengan sistem jalan satu hala yang mempunyai tiga lorong dan satu lorong susur.

“Keadaan cuaca pula adalah baik dan permukaan jalan adalah kering semasa kemalangan berlaku malahan tahap pencahayaan gelap waktu malam dengan adanya lampu di sepanjang jalan,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

KPM laksana pebagai inisiatif untuk reformasikan pendidikan negara

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif penting bagi mereformasikan pendidikan negara. Menurut KPM dalam kenyataannya, ini termasuk pengstrukturan...

Lagi Artikel Berkaitan