31.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 11, 2024

KDEBWM belanja RM11 juta urus operasi bersih sampah banjir

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KDEB Waste Management (KDEBWM) membelanjakan sebanyak RM11 juta bagi menguruskan operasi pembersihan sampah banjir membabitkan lapan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor sejak 20 Disember lalu.

Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM), Ramli Mohd Tahir berkata, kos tersebut termasuk menyewa jentera tambahan terutama di kawasan yang terjejas teruk.

“Ia termasuk Taman Sri Muda, Taman Sri Nanding, Padang Jawa, Meru dan Kampung Bukit Lanchong,” katanya, lapor Sinar Harian.

Menurut beliau, operasi pembersihan pascabanjir fasa kedua diteruskan di kawasan Taman Sri Muda dengan menfokuskan kepada kerja-kerja pembersihan longkang bersaiz 1.5 meter ke bawah.

“Operasi pembersihan turut melibatkan sampah pukal pasca banjir. Kami menjangkakan operasi bermula 8 Januari akan berakhir pada penghujung Mac depan,” katanya.

Advertisements

Jelas beliau, KDEBWM akan terus memastikan proses pembersihan fasa kedua berjalan lancar dan mengikut jadual ditetapkan.

“Terima kasih kepada semua yang membantu sepanjang operasi pembersihan dan KDEBWM akan memastikan perkhidmatan pada tahap terbaik.

Hujan berterusan selama dua hari melanda Lembah Klang menyebabkan lapan daerah terjejas banjir dalam kejadian 18 Disember lalu.

Daerah terbabit ialah Shah Alam, Hulu Langat, Subang Jaya, Klang, Kuala Langat, Sepang dan Kuala Selangor.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Nambikkai seru pengundi KKB undi calon kerajaan Perpaduan

PERTUBUHAN Nambikkai Malaysia menyeru pengundi di Kuala Kubu Baharu agar menyokong serta mengundi calon daripada kerajaan Perpaduan pada Pilihan...

Lagi Artikel Berkaitan