29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

KDEBWM sahkan pemandunya diserang lelaki tidak dikenali

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KDEB Waste Management (KDEBWM) mengesahkan pemandu lori kompaktor milik syarikat itu diserang individu tidak dikenali sepertimana tular dalam media sosial.

KDEBWM menerusi kenyataan berkata, kejadian berlaku pukul 9.30 pagi semasa operasi kutipan sisa pada 29 Oktober di Pekan Sungai Besar, Sabak Bernam.

“Hasil semakan mendapati kejadian berpunca daripada tindakan pemandu kompaktor KDEBWM membunyikan hon kepada individu terbabit agar mengalihkan kenderaan.

“Ini kerana kenderaan individu terbabit menghalang laluan lori kompaktor semasa menjalankan operasi kutipan sisa domestik di kawasan berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, syarikat itu berkata, tindakan tersebut telah menimbulkan kemarahan individu terbabit yang kemudiannya dilaporkan menyerang pemandu kompaktor KDEBWM dengan sebatang kayu.

“Individu tersebut juga menyerang pemandu kompaktor KDEBWM dengan menggunakan besi kunci stereng kenderaan serta membuat ugutan bunuh.

Advertisements

“Sehubungan dengan itu, satu laporan polis telah dibuat oleh pemandu lori kompaktor di Balai Polis Sungai Besar kerana pemandu lori terbabit mengalami kecederaan dibahagian kepala dan tangan akibat dari serangan tersebut,”kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, pihak KDEBWM menyerahkan insiden tersebut kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut.

KDEBWM turut menyeru orang ramai untuk memberikan kerjasama kepada KDEBWM terutamanya berkaitan dengan laluan kenderaan lori kompaktor agar operasi kutipan sisa berjalan lancar dan mengikut jadual.

Terdahulu, media melaporkan lelaki yang tular selepas memukul dan mencederakan seorang pemandu lori sampah di Sungai Besar di sini mempunyai empat rekod jenayah.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Agus Salim Mohd Alias dilaporkan berkata, suspek berusia lewat 50-an itu terlibat dalam kes ugutan jenayah dan mencederakan orang.

Menurut beliau, suspek ditahan polis kira-kira jam 2 pagi di sebuah rumah di Pandan Perdana, Kuala Lumpur. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan