24.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 12, 2024

Program Sekolah Amanah usaha gilap bakat dan potensi pelajar

Mesti Baca

PROGRAM Sekolah Amanah adalah satu kerjasama awam swasta iaitu di antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Yayasan AMIR yang bertujuan untuk mewujudkan model transformasi sekolah.

Sekolah Amanah boleh dijadikan contoh untuk semua sekolah awam seluruh negara sebagai wawasan jangka panjang yang strategik bagi Malaysia.

Program ini telah dilancarkan pada 10 Disember 2010 oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia (TPM) Malaysia pada ketika itu.

Sekolah Amanah adalah sekolah awam (sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan) yang diurus secara usahasama antara pihak swasta (penaja), penyedia perkhidmatan pendidikan yang berkelayakan dan pentadbir sekolah di bawah naungan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Rakan kongsi swasta yang dipilih bagi merintis program ini adalah Yayasan AMIR, sebuah yayasan yang ditubuhkan oleh Khazanah Nasional Berhad (KNB), yang juga salah satu penaja utama bagi program ini.

Penasihat Yayasan AMIR, Zaida Khalida Shaari berkata, setakat ini terdapat 94 buah Sekolah Amanah di Malaysia yang dipilih daripada lebih 10,000 sekolah awam mengikut pilihan penaja dan kelulusan KPM.

“Objektif utama kami ialah untuk menyokong Kementerian Pendidikan Malaysia dalam tranformasi sistem pendidikan di Malaysia tanpa mengubah silibus sedia ada. Semakin baik sistem sekolah, secara tidak langsung guru akan terlatih dan hasilnya dapat dilihat daripada kemenjadian pelajar.

“Proses ini dijalankan secara holistik dengan membangunkan kepimpinan berkualiti tinggi, menambahbaik kualiti pengajaran dan pembelajaran, memaksimumkan potensi dan pencapaian murid serta memperkukuhkan penglibatan ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan lain.

“Program ini dilaksanakan dalam tempoh lima tahun bagi sesebuah sekolah dengan melihat take off value (TOV) dan bagaimana untuk mencapai sasaran yang ditetapkan dalam 5 tahun berkenaan,” katanya.

Advertisements

Katanya, perubahan tidak akan berlaku dalam tempoh singkat. Sekolah Amanah juga mengambil masa sehingga tiga tahun bagi menunjukkan hasil yang sangat memberangsangkan.

“Sekolah Amanah menerapkan sistem pembelajaran yang aktif, setiap pelajar berhak memberikan pandangan dan respon terhadap cara guru mengajar.

“Perubahan utama ialah tahap keyakinan murid dan bagaimana mereka mampu bercakap di depan khalayak ramai, sebagai contoh pengacara majlis persidangan yang kami adakan adalah dari kalangan pelajar Sekolah Amanah.

“Kami menyediakan ‘parking lot’ untuk murid berikan maklum balas selepas kelas tamat, dan daripada situ, guru tahu adakah pelajar faham atau tidak subjek yang diajar. Program ini juga mewujudkan Student Voice Group (SVG) di mana murid-murid yang bukan top juga dipilih untuk menyertai SVG ,” katanya.

Zaida berkata demikian pada majlis Persidangan Sekolah Amanah yang diadakan selama dua hari di sebuah hotel di Subang Jaya, baru-baru ini.

Majlis dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia, Abdul Muie Ngah dan turut dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan AMIR, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda.

Persidangan itu diadakan bagi berkongsi mengenai impak positif yang dicapai Sekolah Amanah serta perkongsian pihak luar tentang isu semasa seperti kesihatan mental, sustainability development goals (SDG) dan artificial intelligence (AI).

Pelbagai pengisian padat telah dirangka bagi memberi informasi kepada peserta persidangan berkenaan proses transformasi, inovasi sekolah dan pencapaiannya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kemenangan Sock Tao bukti rakyat tolak politik kebencian

KEMENANGAN calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao dari Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu...

Lagi Artikel Berkaitan