34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Jalur Gemilang terbalik,KDEB Waste Management minta maaf

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – KDEB Waste Management Sdn Bhd hari ini memohon maaf berhubung Jalur Gemilang yang dipasang secara terbalik pada sebuah lori subkontraktor syarikat itu sehingga tular di media sosial.

Pengarah Urusannya, Ramli Mohd Tahir berkata, pihaknya memandang serius akan isu itu dan amat kesal dengan insiden terbabit.

Katanya, syarikat berkenaan memohon maaf di atas insiden yang berlaku.

“KDEB Waste Management dengan rendah hati memohon maaf atas insiden ini.Ingin Kami tegaskan bahawa kejadian yang berlaku itu tidak disengajakan sama sekali.

“Tindakan lanjut akan diambil terhadap pemandu dan kru subkontraktor yang terbabit atas kecuaian mereka yang tidak cermat ketika memasang bendera negara kita,” katanya menerusi kenyataan di Facebook syarikat terbabit, hari ini.

Ramli berkata, semua pekerja KDEB Waste Management sentiasa menjunjung tinggi dan menghormati bendera negara.

“Malah kami tidak akan berkompromi dengan sebarang perilaku yang tidak sepatutnya,” katanya.

Hari ini, satu video tular di media sosial memaparkan seorang individu menegur pemandu lori KDEB Waste Management selepas dia mendapati bendera yang dipasang di hadapan lori itu terbalik.

Pemandu itu didapati memberi alasan bendera terbabit tersalah pasang oleh pekerja warga Bangladesh.

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan