26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

SPRM, sila siasat 101 projek rundingan terus di bawah PH

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

Oleh DATUK MOHD RAZLAN RAFII

MERUJUK kepada perbahasan YB Senator Menteri Kewangan berkenaan Projek-projek Rundingan terus yang diberikan kepada syarikat-syarikat di bawah kepimpinan PH, saya meminta :-

1. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat salah laku yang telah dilakukan oleh Kabinet Kerajaan PH.

2. Rakyat sudah ditipu bila mana semasa pemerintahan PH, mereka berjanji tidak akan melaksanakan tender secara ‘Direct Nego’ dan akan melaksanakan semua perolehan kerajaan secara tender terbuka.

Advertisements

3. Sebanyak RM6 bilion duit rakyat telah ditipu untuk memberikan kepentingan kepada syarikat yang bersekongkol dengan Kerajaan PH, PH menipu rakyat untuk mendapat kuasa dengan berjanji akan melaksanakan tender terbuka dan telus.

4. Bagaimana mungkin hanya jangkamasa 22 bulan memerintah, Kerajaan PH boleh menilai projek-projek sebanyak 101 dilaksanakan dengan dengan secara telus, dengan masa yang singkat ini, Kerajaan PH telah memberikan tender terhad kepada syarikat yang berkepentingan dengan Kerajaan PH, ini akan merugikan rakyat dan jelas telah merompak duit rakyat demi kepentingan politik PH.

5. Kerajaan PN mesti membatalkan kesemua tender-tender terhad yang telah diberikan kepada syarikat-syarikat ini. Kerajaan PN kena berani mengambil tindakan ini sekira tidak mahu rakyat melihat PN bersengkonkol dengan Kerajaan PH didalam pengagihan kekayaan negara secara tidak telus.


• Penulis adalah Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Advertisements

Terkini

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini. Ketuanya,...

Lagi Artikel Berkaitan