27.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 5, 2022

Institusi kewangan bantu 2.7 juta peminjam, 95,000 PKS

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

INSTITUSI kewangan terus menyokong rakyat dan perniagaan dengan 2.7 juta peminjam individu dan kira-kira 95,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mendapat bantuan pembayaran balik pinjaman dalam tempoh 1 Jun hingga 24 Disember 2021.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sektor kewangan memainkan peranan penting dalam menyokong rakyat dan perniagaan dengan melanjutkan bantuan pembayaran balik pinjaman dan memudahkan kemudahan penstrukturan semula pinjaman.

Menurutnya, bersama-sama dengan usaha kerajaan untuk menggiatkan semula ekonomi, pembiayaan kepada PKS dilihat kekal kukuh, meningkat 4.6 peratus pada November 2021.

“Secara kumulatif, agihan pinjaman dalam tempoh 11 bulan 2021 ialah RM281 bilion,” katanya pada pembukaan MyFintech Week 2022 (MyFW 2022) dan pelancaran Pelan Induk Sektor Kewangan 2022-2026 secara maya hari ini.

Ujar Tengku Zafrul lagi, sejak kemerdekaan negara, sektor kewangan menjadi kritikal kepada pembangunan ekonomi dan merealisasikan aspirasi negara, apabila jutaan rakyat Malaysia mampu memiliki rumah sendiri, membina kekayaan dan melindungi keluarga.

Baca juga:   Jadikan Aidiladha perayaan terakhir dalam situasi pandemik

Menurutnya, perniagaan di Malaysia pula boleh berurus niaga dengan pelanggan dan pembekal dengan lebih lancar, mengumpul modal untuk membiayai operasi harian mereka dan berkembang ke pasaran baharu.

“Antara 2011 dan 2020 saja, kita melihat populasi dewasa dengan akaun deposit meningkat daripada 82 peratus kepada hampir 96 peratus; kredit domestik kepada sektor swasta sebagai peratusan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat daripada 108 peratus kepada 134 peratus dan transaksi e-pembayaran per kapita meningkat daripada 49 kepada 170.

Baca juga:   S&P kekal penarafan, bukti daya tahan ekonomi Malaysia

“Didorong oleh COVID-19, kemajuan teknologi dalam industri kewangan juga membolehkan pengguna menikmati penyelesaian digital sepanjang rantaian nilai kewangan.

“Contohnya, pada 2020, kita melihat pendaftaran perniagaan untuk penerimaan QR meningkat 164 peratus dan jumlah transaksi perbankan dalam talian meningkat 49 peratus berbanding paras pra-pandemik,” katanya.

Berucap lanjut, Tengku Zafrul berkata, sektor kewangan perlu bekerjasama dengan kerajaan dalam menempatkan ekonomi dalam landasan yang lebih baik.

Menurut beliau, 2022 bukan saja akan menjadi tahun pemulihan penting bagi Malaysia, tetapi juga peluang yang jarang berlaku untuk melakukan pembaharuan dan kalis masa depan.

“Laluan ke hadapan memerlukan pendekatan menyeluruh negara yang membabitkan kerajaan, pengawal selia, sektor swasta, organisasi masyarakat sivil dan komuniti kewangan,” katanya.

-EDISI9

Baca juga:   Program VA disasar kutip sehingga RM2 bilion

Wartawan

Terkini

Bantuan Musim Tengkujuh pekebun kecil Risda ditambah baik

KABINET bersetuju meluluskan Penambahbaikan skim Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) untuk pekebun kecil getah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah...

Lagi Artikel Berkaitan