24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Pendekatan holistik perlu dirangka tangani isu keciciran pelajar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SUATU pendekatan holistik dan inklusif perlu dirangka dan dilaksanakan oleh kerajaan, terutamanya bagi menangani isu keciciran pelajar mengambil kira pandemik COVID-19 yang telah memberi impak besar terhadap bidang pendidikan di dalam dan luar negara.

Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Masa Depan Malaysia (MASA) Azril Mohd Amin berkata, selain itu ia dapat memberi tumpuan menambah baik infrastruktur asas seperti akses kepada internet.

“Sehubungan dengan itu, MASA berharap agar pihak pembuat dasar mengambil langkah segera dan tuntas untuk mengenal pasti cabaran dan halangan pasca pandemik, seterusnya merangka dasar dan strategi yang sesuai bagi merealisasikan visi pendidikan untuk semua dan sekali gus menjamin kelestarian pendidikan negara,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Menurut beliau, Malaysia kini di landasan yang tepat dalam mentransformasi pendidikan seiring dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang dilancarkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menjadi Menteri Pendidikan.

“Pelan ini cukup komprehensif dalam Konvensyen Hak Asasi Kanak-Kanak PBB Upaya (CRPD).

“Dalam pada itu, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke-73 juga mengisytiharkan sambutan khas ini mulai 2019, adalah menjamin pendidikan berkualiti untuk semua, di samping menyediakan sokongan holistik untuk mengembangkan potensi setiap kanak-kanak selaras dengan matlamat (CRC) dan Konvensyen Hak Orang Kurang.

Advertisements

“Dalam menangani isu ketidaksamaan akses kepada pendidikan, tumpuan seharusnya diberikan khusus kepada golongan rentan dalam kalangan etnik minoriti dan miskin bandar dan luar bandar agar tiada yang tercicir atau ketinggalan daripada arus pendidikan dan pembangunan negara,”katanya.

Ujar beliau, menjadi komitmen pihaknya dalam bersama untuk menyediakan pendidikan inklusif dan berkualiti, serta menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat.

“Jadi di kesempatan ini, MASA ingin untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pendidikan Sedunia 2022, dengan tema sambutan tahun ini, Mengubah Hala Tuju, Mentransformasi Pendidikan.

“Tema untuk tahun keempat sejak bertepatan dengan komitmen MASA dalam mengangkat peranan pendidikan sebagai salah satu tunjang pembangunan negara, serta menghayati pentingnya pendidikan untuk semua selaras visi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan matlamat Akta Pendidikan 1966.

“Tema ini turut menterjemahkan aspirasi dan solidariti global ke arah memastikan setiap kanak-kanak mendapat hak dan akses yang sewajarnya dalam bidang pendidikan, seperti digariskan Teras Keempat Matlamat Pembangunan Mampan (SDG),”katanya.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan