26.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 29, 2022

Polis siasat ahli kelab kereta letak kenderaan di lorong kecemasan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEKUMPULAN individu dipercayai ahli sebuah kelab kereta akan dipanggil memberi keterangan dalam masa terdekat selepas gambar mereka berhenti dan meletakkan kenderaan di lorong kecemasan di Lebuh Raya Temiang-Pantai tular di media sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, tindakan itu diambil setelah pihaknya mengesan gambar tular di Facebook itu.

“Gambar berkenaan memaparkan sekumpulan individu dipercayai dari sebuah kelab kereta yang berkumpul di sepanjang lorong kecemasan untuk merakam gambar di Lebuh Raya Temiang-Pantai pada Sabtu lalu kira-kira pukul 6.30 petang.

“Polis sudah mengenal pasti 48 buah kenderaan yang berhenti di situ dan sebagai permulaan ketua kelab bersama admin Facebook kelab berkenaan akan dipanggil memberi keterangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tindakan itu merupakan satu kesalahan kerana boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna lain yang menggunakan laluan ini dan tindakan undang-undang boleh diambil ke atas mana-mana individu di bawah Kaedah 53(1) LN 166/59 Peraturan-peraturan Lalulintas.

Baca juga:   Kes sembuh atasi kes harian COVID-19 hari ini

“Kaedah itu menjelaskan tiada kenderaan daripada apa-apa kelas atau perihal yang ditentukan boleh dipandu, ditunda, ditolak, diletak atau ditinggalkan tanpa jagaan di mana-mana lorong kecemasan kecuali dalam kes kecemasan.

“Selain itu, di bawah Kaedah 53(4) LN 166/59 Peraturan-peraturan Lalulintas, bagi maksud Kaedah-Kaedah ini, ‘lorong kecemasan’ ertinya lorong tambahan atau bahu jalan di sebelah kiri jalan raya selorong, dua lorong, tiga lorong atau empat lorong di Jalan Persekutuan yang ditentukan sebagai lorong kecemasan,”katanya.- Edisi 9

Baca juga:   Budak pandu lori pula tular, polis cari ibu bapa pemandu

Terkini

PM doakan Pandelela terus tambah pingat di Budapest

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah dan syabas kepada Datuk Pandelela Rinong Pamg atas kejayaan meriah pingat gangsa...

Lagi Artikel Berkaitan