31.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 11, 2024

Mahdzir mahu dasar, amalan lapuk agensi KPLB dipinda

Bagi mempercepatkan proses kerja dan pembangunan untuk kesejahteraan rakyat

Mesti Baca

BEBERAPA dasar di peringkat agensi Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang tidak lagi sesuai dengan situasi masa kini perlu dipinda.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, pindaan itu perlu bagi mempercepatkan proses kerja dan pembangunan untuk kesejahteraan rakyat.

“Macam yang saya katakan dalam ucapan saya, yang utama adalah untuk kesejahteraan rakyat dari segi pembangunan ekonomi keluarga, dari segi pembangunan keusahawanan dan dari segi perniagaan dalam komuniti.

“Kita semua memikirkan bahawa untuk seterusnya dasar dan pembangunan wilayah perlulah disesuaikan dengan zaman IR 4.0 iaitu zaman digital, ada beberapa perkara nak ditambah baik dasar agensi yang ada dibawah KPLB,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2022 Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) di Dewan Datuk Ariffin Said, Gua Musang hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri 1, KPLB, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, Timbalan Menteri 2 KPLB, Datuk Hasbi Habibollah, Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun dan Pengerusi KESEDAR, Datuk Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Advertisements

Dalam ucapan Majlis Amanat Tahun Baharu 2022 KESEDAR sebelum itu, Mahdzir menyebut agensi di bawah KPLB perlu meminda dasar lapuk yang menghalang pelaksanaan sesuatu gerak kerja sehingga menyukarkan penyelesaian masalah rakyat.

Tegas beliau, dasar dan amalan lapuk itu sama ada perlu diganti atau dipinda untuk disesuaikan dengan keadaan semasa.

Mengenai pencapaian KESEDAR sepanjang 40 tahun penubuhannya, Mahdzir berkata, secara keseluruhannya beliau berpuas hati dengan program pembangunan yang dilaksanakan.

“Lebih kurang 40 tahun KESEDAR membangunkan masyarakat di sini, ada kejayaan besar yang telah KESEDAR lakukan.

Yang penting bagaimana kita hendak menentukan sejauhmana dua mandat KESEDAR iaitu Mandat Keusahawanan dan Mandat Kesejahteraan Rakyat dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya,” jelas Mahdzir.

Pada majlis ini, Mahdzir turut melancarkan Pelan Strategik Pendigitalan KESEDAR 2021-2025 dan menyampaikan Sijil Penghargaan Sukarelawan Banjir KESEDAR seramai 150 orang. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Nambikkai seru pengundi KKB undi calon kerajaan Perpaduan

PERTUBUHAN Nambikkai Malaysia menyeru pengundi di Kuala Kubu Baharu agar menyokong serta mengundi calon daripada kerajaan Perpaduan pada Pilihan...

Lagi Artikel Berkaitan