29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Kerajaan komited tangani segera isu kenaikan harga barang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa kerajaan komited memastikan kenaikan harga barang untuk segera ditangani demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Justeru, beliau memaklumkan akan mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan terperinci daripada kementerian-kementerian terbabit.

“Kerajaan prihatin tentang kenaikan harga barang yang berlaku sejak kebelakangan ini.

“Saya akan mempengerusikan mesyuarat NACCOL dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan terperinci daripada kementerian-kementerian terbabit.

“Kerajaan komited memastikan isu ini segera ditangani demi kesejahteraan Keluarga Malaysia,”katanya menerusi ciapan di Twitter beliau hari ini.

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) semalam menjangkakan semua barang tanpa mengira jenis akan mengalami kenaikan harga luar biasa selepas sambutan Tahun Baharu Cina bulan depan.

Perkara itu dibangkitkan Presiden DPMM, Abd. Halim Husin yang memberitahu, kenaikan harga barangan itu didorong lonjakan kos pengangkutan lebih sekali ganda selepas bencana banjir khususnya di Lembah Klang pada Disember lalu.-Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan