26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

KPM mohon tangguh pengosongan bangunan SK Assumption

Penangguhan itu bagi membolehkan KPM menyuraikan murid dan guru sekolah tersebut ke sekolah lain yang berhampiran.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) memohon agar pengosongan bangunan dan tapak Sekolah Kebangsaan (SK) Assumption, Seberang Prai Utara, Pulau Pinang ditangguhkan sehingga tamat sesi persekolahan 2021/2022.

Penangguhan itu bagi membolehkan KPM membuat ketetapan untuk menyuraikan murid dan guru sekolah tersebut ke sekolah lain yang berhampiran.

KPM berkata, ketetapan penyuraian murid dan guru sekolah itu diambil berdasarkan justifikasi trend pengambilan murid yang menurun dari setahun ke setahun.

“Dengan penyuraian ini dapat meningkatkan kecekapan penggunaan sumber melalui agihan semula 15 orang guru dan dua orang Anggota
Kumpulan Pelaksana (AKP) ke sekolah lain,” kata kenyataan kementerian hari ini.

Kenyataan itu berkata, pada masa kini sekolah tersebut beroperasi dengan enrolmen murid
seramai 53 orang.

Advertisements

Katanya, terdapat sekolah-sekolah berdekatan yang dapat menampung murid dari SK Assumption dalam jarak antara 0.35 km hingga 5.8 km seperti SK Kuala Perai, Butterworth; SK Sungai Nyior; SK St Mark, Butterworth; SK Khir Johari, Perai dan SK St Mark, Perai.

KPM berkata, penangguhan itu dibuat setelah syarikat Sri Avenue Sdn. Bhd mahu KPM mengosongkan bangunan dan tapak sekolah milik syarikat tersebut secepat mungkin.

SK Assumption merupakan sekolah bantuan kerajaan yang beroperasi di bangunan dan tapak sekolah yang dimiliki oleh Syarikat Sri Avenue Sdn. Bhd. sejak tahun 2008.

Pada 3 November 2021, Sri Avenue Sdn. Bhd. telah memaklumkan bahawa syarikat telah menerima tawaran pembelian bangunan dan tapak sekolah daripada pihak ketiga. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Nazrin berkenan letak batu asas IPTTI, URCC UPSI

SULTAN Perak, Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Majlis Perletakan Batu Asas bagi Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (IPTTI)...

Lagi Artikel Berkaitan