28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Geran khas kepada PMKS terjejas banjir dipertimbang – PM

Mesti Baca

MESYUARAT Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) bersetuju mempertimbangkan bantuan berbentuk geran bagi meringankan beban usahawan mikro dan informal yang terjejas banjir.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, geran itu merupakan tambahan kepada bantuan kewangan yang disediakan oleh agensi-agensi kerajaan sebelum ini.

Beliau berkata, Kementerian Kewangan (MOF) akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), kementerian dan agensi berkaitan untuk memperhalusi cadangan-cadangan yang dibentang untuk dipertimbangkan oleh kerajaan.

“Insya-Allah, saya akan mengumumkan inisiatif ini setelah diperhalusi dan dimuktamadkan,” katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat EAC di Putrajaya hari ini.

Mesyuarat EAC kali pertama bagi tahun 2022 membincangkan secara terperinci mengenai impak banjir ke atas perusahaan kecil, mikro dan sederhana (PMKS) termasuk peniaga informal.

Perdana MemtwrDalam mesyuarat itu Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM), Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Bersekutu Malaysia (MAICCI) serta MEDAC telah berkongsi impak akibat banjir.

Kata beliau, mesyuarat tersebut turut mendengar keluhan daripada dua usahawan PMKS dari Taman Sri Muda, Shah Alam dan Taman Sri Nanding, Hulu Langat yang terjejas teruk bagi mendapatkan gambaran sebenar kerugian, kesan dan masalah yang mereka hadapi.

Ismail Sabri berkata, ia susulan langkah kerajaan memperkenalkan pakej Bantuan Banjir Keluarga Malaysia berjumlah RM1.4 bilion yang merangkumi bantuan tunai, pembaikan rumah dan fasiliti awam.

Lawatan lo susulan ke lokasi yang dikenalpasti akan diadakan bagi memastikan program bantuan banjir PMKS sampai ke kumpulan sasaran.

“Kerajaan sentiasa komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia kekal terjami,” kata beliau. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan