27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Lanjutan tempoh masa pelaksanaan projek sektor perkilangan

Mesti Baca

SYARIKAT-SYARIKAT yang mendapat lesen pengilang di bawah Akta Penyelarasan Perindustrian 1975 diberi lanjutan tempoh pelaksanaan projek oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)

Memetik kenyataan media Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) semalam, langkah proaktif itu adalah hasil keprihatinan kerajaan untuk memastikan sektor-sektor ekonomi Malaysia terus kekal kompetitif dalam situasi pandemik COVID-19 ketika ini.

Menurut agensi tersebut, berdasarkan amalan semasa, sesebuah syarikat dikehendaki melaksanakan projek yang diluluskan dalam suatu tempoh seperti yang dinyatakan di dalam Surat Kelulusan Lesen Pengilang.

“Dengan pelaksanaan mekanisma kelonggaran ini, syarikat secara automatik akan diberikan tambahan tempoh selama 12 bulan lagi untuk melaksanakan projek pengilangan yang telah diluluskan.

“Lanjutan tempoh 12 bulan ini akan bermula dari tempoh tamat seperti yang telah dinyatakan di dalam Surat Kelulusan Lesen Pengilang syarikat,” kata MIDA.

Advertisements

MIDA memberitahu, lanjutan tempoh secara automatik ini adalah terpakai bagi syarikat-syarikat yang telah mendapat kelulusan interim atau Lesen Pengilang di bawah Akta Penyelarasan Perindustrian, 1975 daripada MITI, yang masih belum melaksanakan projek tersebut.

“Bagi membolehkan syarikat-syarikat yang terlibat diberikan lanjutan tempoh pelaksanaan projek secara automatik, syarikat diminta untuk memohon kepada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) iaitu agensi yang dipertanggungjawabkan oleh MITI melalui imbasan kod QR code yang disediakan,” jelas MIDA.

Syarikat boleh mengemukakan permohonan ini kepada MIDA bermula dari 16 Jun 2020 sehingga 31 Mei 2021. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Kempen dengan idea, hujah bukan hina pihak lawan – Akmal

KETUA Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh mahukan agar para pemimpin dan penyokong Perikatan Nasional (PN) berkempen secara sihat dan...

Lagi Artikel Berkaitan