33.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Kerajaan siap sedia berdepan gelombang IV COVID-19

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN bersiap sedia untuk berdepan sebarang kemungkinan sekiranya berlaku gelombang keempat jangkitan COVID-19 dalam negara susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang berkata demikian dalam Dewan Rakyat ketika menjawab soalan tambahan Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) mengenai kesan penularan COVID-19 susulan PRN Melaka.

Beliau berkata, kesan jangkitan COVID-19 itu hanya dapat dilihat sekitar 10 ke 14 hari akan datang.

“Kita memantau keadaan ini. Kerajaan tahu dan bersedia untuk berdepan dengan kemungkinan gelombang keempat akan berlaku di negara kita, ini kita amat khuatir.

Advertisements

“Kita menjangkakan kesan jangkitan ini akan dapat (dilihat) dalam tempoh 10 ke 14 hari lagi,” katanya lapor Astro Awani.

Mengulas lanjut, mengambil pengajaran daripada PRN Sabah tahun lalu, Aaron menjelaskan, kerajaan menetapkan prosedur operasi standard (SOP) yang amat ketat bagi PRN Melaka dengan tidak membenarkan kempen besar-besaran diadakan.

“Kita juga akan menggunakan SOP yang hampir sama pada PRN Sarawak kelak dalam mengekang penularan COVID-19,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Maritim Malaysia tambah aset, bakal miliki empat helikopter AW189

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bakal memiliki empat buah helikopter jenis Agusta Westland AW189 ‘medium lift’ menerusi satu...

Lagi Artikel Berkaitan