32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

‘Guru bakal dihukum jika berleter’ bukan kenyataan saya – Radzi

Kementerian Pendidikan juga tidak pernah mengeluarkan jadual bertajuk Unit Disiplin KPM: Bentuk-bentuk Hukuman Yang Dilarang

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MENTERI Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin menyangkal laporan sebuah portal berita bertajuk ‘Gempar!!! Bermula esok, guru boleh dihukum sekiranya berleter terhadap murid‘ merupakan kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau.

Radzi berkata, beliau langsung tidak pernah membuat kenyataan sedemikian.

“Portal itu meletakkan gambar saya seolah-olah saya yang keluarkan kenyataan tersebut,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Tambah beliau lagi, Kementerian Pendidikan (KPM) juga tidak pernah mengeluarkan jadual bertajuk ‘Unit Disiplin KPM: Bentuk-bentuk Hukuman Yang Dilarang” dalam mana-mana dokumen rasmi KPM.

“Sama-sama kita semak kesahihan sesuatu berita sebelum menyebarkannya,” tegasnya.

Menurutnya, beliau juga memohon jasa baik semua pihak untuk berkongsikan penjelasan berkenaan.

Advertisements

Mengulas lanjut, Radzi berkata, tatacara pengurusan disiplin yang dikeluarkan KPM adalah seperti yang terkandung dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Disiplin Sekolah) 1959, Surat Perkeliling Iktisas (SPI) Bilangan 8/1983 iaitu mengenakan hukuman biasa terhadap murid-murid yang melakukan perbuatan salah laku yang tidak dinyatakan dalam Peraturan-peraturan Pelajaran serta SPI Bilangan 7/1995 iaitu tatacara mengenakan tindakan dan hukuman terhadap pelajar-pelajar sekolah.

Selain itu menurutnya, tatacara itu juga membabitkan SPI Bilangan 10/2001 iaitu semua guru adalah guru disiplin; SPI Bilangan 7/2003 iaitu kuasa guru merotan murid dan SPI Bilangan 7/2011 iaitu perlaksanaan Standart Operating Procedure (SOP) 1:3:7 iaitu pelaporan dan tindakan menangani isu disiplin.

Untuk rekod, sejak semalam tular berita dari sebuah portal yang mendakwa guru bakal dikenakan hukuman sekiranya berleter terhadap murid.

Berita berkenaan mendapat pelbagai reaksi netizen termasuk guru serta ibu bapa yang mempersoalkan peranan guru dalam membentuk peribadi murid melalui aspek ketegasan semakin dipinggirkan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan