27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

5,809 kes baharu harian COVID-19, kurang berbanding semalam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KES harian COVID-19 di negara ini berkurangan dengan 5,809 kes baharu dilaporkan setakat pukul 12 tengah hari, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini meningkat kepada 2,541,147 kes.

Menurut beliau, daripada kes harian tersebut, sebanyak 27 kes adalah kes import yang melibatkan 21 warganegara dan enam bukan warganegara.

“Manakala, sebanyak 5,782 kes adalah penularan tempatan membabitkan 5,561 warganegara (96.2 peratus) dan 221 bukan warganegara (3.8 peratus).

“Sementara, 102 kes (1.8 peratus) adalah daripada kategori 3, 4, 5 dan 5,707 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya menerusi kenyataan.

Advertisements

Dalam pada itu, katanya, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 527 kes (484 kes disahkan COVID-19 ; 43 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

“Sementara, kes memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 277 kes (193 kes disahkan COVID-19 ; 84 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan),” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 4,712 kes (2,446,197 kes kumulatif, 96.26 peratus).

“Sebanyak tiga kluster baharu lagi dilaporkan pada hari ini, menjadikan kluster aktif kini mencecah 278 kluster.

Semalam, Malaysia mencatatkan pertambahan kes melebihi 6,000 tiga hari berturut-turut apaila 6,517 kes dilaporkan.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan