31.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Pemandu van rempuh kanak-kanak dibebas dengan jaminan polis

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS mengesahkan pemandu van yang terbabit merempuh kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di Sepang, Selangor tengah hari semalam telah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md Noor Aehwan Mohammad berkata, pemandu van wanita berusia 31 tahun itu terlebih dahulu ditahan polis semalam untuk diambil keterangan.

“Pemandu van berkenaan telah diambil keterangan dan telah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan satu kertas siasatan telah dibuka berhubung kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Md. Noor berkata, pemandu van wanita berusia 31 tahun itu terlebih dahulu ditahan polis semalam untuk diambil keterangan.

“Pemandu van berkenaan telah diambil keterangan dan telah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan satu kertas siasatan telah dibuka berhubung kejadian itu,” katanya.

Baca juga:   ‘Angin’ sokongan nampak kembali kepada BN - Mahdzir

Semalam, seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan selepas lebih sejam dilanggar van dinaikinya di hadapan sebuah tadika di Sepang, Selangor.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.10 tengah hari di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi itu, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 2.30 petang.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, siasatan awal mendapati mangsa dikatakan turun dari van berkenaan dan berjalan di hadapan van sebelum dirempuh.

Baca juga:   Ahli Parlimen diminta jalani ujian RT-PCR, hadiri sidang Parlimen

“Setelah selesai menurunkan penumpang di tadika tersebut, pemandu van bergerak maju ke hadapan di mana pada masa yang sama mangsa melintas di hadapan van.

“Pemandu van kemudian melanggar mangsa menyebabkan kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Lima warga asing ditahan, tiada dokumen pengenalan diri

SERAMAI lima warga asing bersama sebuah bot nelayan tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau...

Lagi Artikel Berkaitan