25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Penyu sesat seberat 50 kg diselamatkan APM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEEKOR penyu jenis agar seberat 50 kilogram yang berusia tujuh hingga 10 tahun ditemukan sesat di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, di sini hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Port Dickson, Kapten (PA) Mohamad Azri Abu Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan awam pada pukul 11.56 pagi tadi yang memaklumkan terdapat seekor penyu sesat yang ditemukan di kawasan berkenaan.

“Pusat Kawalan Operasi Port Dickson menerima maklumat daripada orang awam terdapat satu kes penyu sesat dan anggota kami bergerak ke Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar Port Dickson pada 11.58 pagi tadi.

“Setibanya anggota di lokasi pada pukul 12.20 tengah hari, mereka mendapati terdapat seekor penyu yang sesat berdekatan kawasan janakuasa berkenaan.

“Anggota kemudiannya telah berjaya mengangkat penyu berkenaan pada pada pukul 1.18 petang tadi,” katanya dalam kenyataan media hari ini. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan