34.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Populasi dewasa terima satu dos vaksin hampiri 100 peratus

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PROGRAM Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) terus menunjukkan prestasi baik apabila peratusan populasi dewasa yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menghampiri 100 peratus.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, sehingga tengah malam semalam, sejumlah 22,858,958 atau 97.6 peratus daripada populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Hanya berbaki 2.4 peratus sahaja bagi keseluruhan populasi dewasa di negara ini telah mendapatkan sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Terdahulu, Kerajaan menetapkan
sasaran untuk mencapai kadar 90 peratus populasi dewasa yang lengkap vaksinasi bagi kebenaran aktiviti rentas negeri berdasarkan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Manakala, mengikuti data berkenaan, seramai 22,286,520 individu atau 95.2 peratus daripada populasi dewasa pula telah menerima dua dos suntikan vaksin.

Bagi populasi remaja pula, seramai 2,505,157 individu atau 79.6 peratus telah melengkapkan dua dos dan 2,734,057 individu atau 86.9 peratus mendapat satu dos.

Secara keseluruhannya, seramai 24,791,677 individu atau 75.9 peratus daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 setakat ini.

78.4 peratus atau 25,593,015 daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu, data kemajuan program imunisasi mengikut negeri bagi populasi keseluruhan menunjukkan hanya Kedah, Terengganu, Pahang, Kelantan dan Sabah masih merekodkan kadar vaksinasi di bawah 70 peratus.

Terdapat pertambahan 55,703 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi dewasa dan remaja.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi PICK adalah 51,138,954 dos.

Untuk rekod, PICK dilancarkan pada 24 februari lalu bagi memberikan suntikan vaksin kepada rakyat Malaysia untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.

-EDISI9

Terkini

Stoking kalimah Allah: KK Mart akan dipanggil bantu siasatan

POLIS akan memanggil pihak KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dan beberapa individu lain bagi membantu...

Lagi Artikel Berkaitan