31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Empat wanita hilang mendaki di Tawau ditemui selamat

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

EMPAT wanita yang dilaporkan hilang ditemukan selamat selepas sesat lebih 12 jam ketika mendaki Bukit Pancang Tinagat, Tawau, Sabah, semalam.

Kesemua mangsa yang juga guru berusia 25 hingga 27 tahun itu berjaya diselamatkan oleh anggota bomba sebelum dibawa turun kira-kira jam 12.34 tengah malam tadi.

Menurut Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tawau, Julius John Stphen Jr., gerakan mencari dan menyelamat dilakukan sebaik laporan mengenai kejadian itu diterima pada jam 8 malam.

“Sepasukan anggota bomba, polis serta ‘Team Hiking’ dan penduduk kampung menjalankan operasi mencari dan menyelamat di kawasan bukit berkenaan.

“Mangsa Nurzalina Suani, 27; Sharmila Maksum, 25, Dayang Noraisyah Faizal, 26; dan Juliana Julasri, 25, berjaya ditemukan dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan sebelum dibawa turun ke kaki bukit,” katanya.

Menurutnya, pasukan EMRS seterusnya menjalankan pemeriksaan keadaan fizikal sebelum mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 1 pagi,” katanya.

Terdahulu, kesemua mangsa dilaporkan hilang selepas dipercayai sesat dan gagal mencari laluan keluar dari kawasan bukit berkenaan.

Bukit Pancang Tinagat setinggi setinggi 392 meter antara lokasi mendaki popular di Tawau dan terdapat Rumah Api Tinagat setinggi sembilan meter, dibina pada tahun 1916 oleh British.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan