31.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Zon merah di Sabah catat trend penurunan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH zon merah di Sabah menunjukkan trend penurunan selepas tiga daerah bertukar menjadi zon jingga.

Kenyataan itu dikeluarkan jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun di sini.

Beliau berkata, tiga daerah terbabit adalah Semporna, Tongod dan Kunak.

“Daerah Kalabakan pula telah bertukar menjadi zon kuning,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai kes harian COVID-19, Masidi berkata, terdapat penurunan kecil kes COVID-19 iaitu sebanyak 655 kes dilaporkan berbanding Rabu lepas yang mencatatkan 675 kes.

Advertisements

“Sebanyak 14 daerah mencatatkan penurunan kes dengan lima daripadanya merekodkan penurunan signifikan iaitu Kinabatangan sebanyak 6 kes, Kota Belud (44); Sandakan (10); Kota Kinabalu (69) dan Kota Marudu (40) kes.

“Selain itu 12 daerah lagi mencatatkan peningkatan dengan enam daerah menunjukkan jumlah agak tinggi iaitu Tuaran sebanyak 59 kes, Putatan (32); Tawau (19); Pitas (33); Ranau (71) dan Penampang (41) kes,” katanya.

Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II negeri, berkata sebanyak tiga kes kematian dilaporkan setakat semalam.

“Kes kematian masing-masing mencatatkan satu kes membabitkan daerah Sipitang, Kunak dan Penampang.

“Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 378 menjadikan jumlah kumulatif 208,950 orang,” katanya.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan