32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Limpahan air pasang besar jejas kawasan pesisir pantai

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LIMPAHAN air pasang besar pada awal pagi tadi telah menjejaskan beberapa kawasan pesisir pantai di Selangor namun keadaan masih terkawal.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, kawasan-kawasan tersebut menunjukkan peningkatan air pasang melebihi 5.6 meter.

“Antara kawasan menunjukkan peningkatan air pasang ialah Pengkalan Sayang DSayang, Jalan Othman Baru; Jalan Pengkalan Nelayan, Rantau Panjang; Pengkalan Sungai Keramat dan Kawasan Pengkalan Jeti Sementa, Batu 5.

“Laporan keadaan air pasang berada lebih daripada paras 5.6 meter, limpahan air melepasi jalan tapi masih dalam keadaan terkawal. Rumah penduduk berdekatan masih juga selamat dan tidak dinaiki air. Ia mula surut pada jam 7 pagi,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Pemantauan dibuat oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang bersama beberapa agensi lain dari pukul 5 pagi hingga 7 pagi.

Dalam pada itu, Hafisham berkata, beberapa kawasan lain di Telok Panglima Garang seperti di Jeti Sritama, Pulau Carey; Jeti Sri Tanjung dan Jeti Sepakat di Sijangkang menunjukkan kenaikan air pasang melebihi paras kebiasaan namun masih selamat dan terkawal.-Edisi 9



Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan