25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

MV KMTC Shenzen: Usaha memadam masih dilakukan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

USAHA memadam kebakaran kontena di atas kapal MV KMTC Shenzen yang hari kedua masih dilakukan sehingga petang semalam.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Selangor, Komander Maritim Mohd. Sharenliza Ghazali berkata, operasi yang dikoordinasikan Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Johor Bahru itu disambung bermula pukul 1 pagi. 

“Pemantauan berterusan telah dilaksanakan dan mendapati masih terdapat kontena yang mengeluarkan asap kebakaran.

“Operasi menyelamat yang dikoordinasikan Maritim Negeri Selangor setakat ini berjaya mengawal kebakaran dari merebak ke kawasan yang berisiko tinggi. Seramai 18 kru termasuk kapten selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya menerusi hantaran Facebook malam tadi.

Beliau berkata, kapal KM Bagan Datuk dan bot Perkasa 35 dari Maritim Negeri Selangor telah diatur gerak bersama aset agensi lain termasuk Jabatan Laut Malaysia, bot Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), serta empat bot tunda daripada Westport dan Northport.

Advertisements

Katanya, JBPM Negeri Selangor juga telah menghantar Pasukan Unit Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) seramai 10 pegawai dan anggota ke kapal bagi membantu menilai risiko dan merancang pelan tindakan susulan.

“Pihak Bomba memaklumkan jumlah keseluruhan kontena di atas kapal tersebut adalah sebanyak 1,189 buah dan sembilan buah direkodkan terbakar setakat ini.

“Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) ditubuhkan di Bilik Gerakan Krisis Westport bagi mengkordinasikan dan memantau kerja-kerja pemadaman api,” katanya.

Menurut Mohd. Sharenliza, seramai 111 pegawai dan anggota telah terlibat dalam usaha memadamkan kebakaran ini. 

“Perkembangan berhubung insiden ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.  – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan