25.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Chelsea pecah rekod perpindahan dapatkan Caicedo

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MOISES Caicedo hampir pasti berhijrah ke Stamford Bridge selepas Chelsea dilapor bersetuju membayar rekod perpindahan Inggeris yang dianggarkan sebanyak RM671 juta.

Persetujuan itu dicapai selepas beberapa siri bidaan yang ditolak Brighton selain tawaran dikemukakan Liverpool yang turut diterima kelab tersebut.

Pemain tengah berusia 21 tahun itu dijangka menjalani pemeriksaan kesihatan dalam tempoh 48 jam sebelum menandatangani kontrak jangka panjang di Chelsea.

Caicedo akan menandatangani kontrak sehingga 2031 dengan opsyen lanjutan semusim sehingga 2032.

Difahamkan urusan perpindahan itu diketuai bekas pakar peninjau bakat Brighton yang kini bersama Chelsea, Paul Winstanley.

Advertisements

Terdahulu, Brighton telah bersetuju menerima tawaran yang dikemukakan The Reds berjumlah RM642 juta.

Bagaimanapun, Caicedo yang kini berada di London bersama ejennya memaklumkan kepada kelab Merseyside itu dia tidak mahu ke Anfield selepas hatinya ditetapkan untuk menyarung jersi Chelsea.

Untuk rekod, ini kali kedua Chelsea memecahkan rekod perpindahan Inggeris selepas membayar RN624.5 untuk pemenang Piala Dunia, Enzo Fernandez dari Benfica pada Januari lalu.

Dalam pada itu, kelab utara London itu juga dilapor telah membuat bidaan sebanyak RM29.18 juta bagi mendapatkan pemain tengah Southampton, Romeo Lavia. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan