25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Desak Ahmad Zahid berundur bukan penyelesaian – Puad

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MELETAKKAN kesalahan di bahu Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilihat bukan jalan penyelesaian terhadap kekalahan teruk parti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu lalu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, semua pihak tidak perlu menuding jari terhadap Timbalan Perdana Menteri itu kerana sepatunya semua bertanggungjawab atas kekalahan tersebut.

Membandingkan situasi yang berlaku dalam Perikatan Nasional (PN), beliau berkata, Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin tidak meletak jawatan selepas kalah teruk pada PRN di Johor dan Melaka.

“Jangan menuding jari, ia beban bersama. Mendesak Ahmad Zahid letak jawatan bukan penyelesaian, semua bertanggungjawab.

“UMNO perlu dapat balik sokongan orang Melayu. Menteri UMNO mesti serius menjayakan agenda Melayu dan rakyat. Kuasa di tangan mereka,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Advertisements

Keputusan PRN di enam negeri menyaksikan BN merekodkan kekalahan terburuk dalam sejarah apabila parti itu hanya memenangi 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 108 kerusi yang ditandingi.

Di Selangor, BN hanya memenangi empat kerusi, Negeri Sembilan (13), masing-masing satu kerusi di Pulau Pinang dan Kelantan manakala tiada kerusi dimenangi di Kedah dan Terengganu.

Sementara itu, Mohd. Puad berkata, UMNO masih relevan dan perlu kekal dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.

“Pakatan Harapan (PH)-BN perlu mengukuhkan kerjasama. Ahmad Zahid sesuai pikul misi ini, dia tidak perlu letak jawatan. Jangan melatah,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan