27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

DUN Sarawak bubar berkuatkuasa 3 November lalu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Sarawak telah dibubarkan secara rasmi berkuatkuasa 3 November lalu.

Dengan pembubaran DUN Sarawak tersebut, sekali gus membuka ruang kepada pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam masa terdekat.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Menterinya, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sebentar tadi.

Speaker DUN juga akan maklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung pembubaran tersebut.

Katanya, kerajaan negeri buat masa ini akan berfungsi sebagai kerajaan sementara sehingga PRN Sarawak diadakan.

Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, memberi perkenan supaya Proklamasi Darurat bagi Sarawak ditamatkan.

Pemangku Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini, berkata ia berikutan permohonan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, untuk menamatkan darurat di negeri itu, pada sesi menghadap Seri Paduka di Istana Negera.

Baginda memberi perkenan itu selepas memperhalusi sembah nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta sembah taklimat Peguam Negara dan pandangan ketua agensi kerajaan berhubung perkara berkenaan. – Edisi 9

Terkini

‘Rebel’, filem aksi arahan pertama Awie

SELEPAS bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan dengan puluhan filem serta pelbagai watak yang pernah dilakonkan, akhirnya vokalis kumpulan Wings iaitu...

Lagi Artikel Berkaitan