26.1 C
Kuala Lumpur
Monday, September 26, 2022

Warden disyaki bunuh penghuni pusat pemulihan direman

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG warden di sebuah pusat pemulihan dadah dan akhlak swasta di Changlun, Kubang Pasu, Kedah ditahan reman seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh seorang penghuni di pusat tersebut semalam.

Untuk rekod, perintah tahanan reman itu sehingga 11 November ini dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Alor Setar, Amin Rashidi Ramli.

Memetik laporan Utusan Online, Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, warden berusia 46 tahun itu ditahan di pusat pemulihan tersebut kira-kira pukul 8.30 malam semalam.

“Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya hari ini.

Beliau memberitahu, siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 31 tahun dan berasal dari Perlis dikatakan melarikan diri dari pusat pemulihan tersebut kira-kira pukul 3 pagi semalam.

Namun tidak lama selepas itu, katanya, mangsa dikesan dan ditangkap semula kira-kira satu kilometer dari pusat pemulihan itu.

Baca juga:   758,919 ujian RTK-Ag, individu bergejala perlu jalani ujian

“Mangsa kemudian dibawa kembali ke pusat pemulihan tersebut dan pada pukul 11 pagi, seorang warden lelaki berusia 46 tahun dikatakan datang ke sel yang menempatkan mangsa lalu memukul dan menendangnya.

“Namun beberapa pelatih senior pada akhirnya dapat menenangkan warden tersebut daripada terus membelasah mangsa,” katanya.

Difahamkan, terdapat kecederaan lebam di leher, dada, bawah dagu dan kesan cakaran kuku pada mayat mangsa.

Malah terdapat dakwaan mengatakan mangsa juga dipijak di leher selain dipukul dan ditendang di dada.

Baca juga:   PDRM nafi ada kaitan akaun palsu di media sosial

Kamarul Zaman menambah, mangsa kemudiannya didapati pengsan ketika sedang mandi kira-kira pukul 6.15 petang semalam.

“Mangsa kemudian telah dibawa ke Hospital Jitra oleh warden tersebut bersama beberapa individu lain namun disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Tak pelik bukan PH diumum musuh utama PN – Zahid

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin, Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan...

Lagi Artikel Berkaitan