31.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 11, 2024

Pendeposit TH jangan terpedaya tawaran dana tunai haji

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENDEPOSIT Tabung Haji dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan sebarang bentuk tawaran dana bagi menunaikan haji.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Lembaga Tabung Haji (TH) berkata, pihaknya menerima aduan daripada pendeposit tentang wujudnya individu tidak bertanggungjawab menawarkan dana tersebut bagi tujuan menyegerakan giliran haji.

Menurut TH, sebarang pemilihan giliran haji adalah berdasarkan sistem pendaftaran di mana yang dahulu didahulukan.

Advertisements

Pada masa sama, TH turut menegaskan tidak pernah melantik mana-mana organisasi atau orang perseorangan untuk menjadi orang tengah dalam hal-hal berkaitan tawaran mahupun pakej haji.

“Justeru, pihak TH menasihati orang ramai supaya lebih berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga apabila menerima panggilan telefon daripada pihak tidak dikenali berkaitan penawaran dana bagi urusan haji,” katanya.

Orang ramai boleh berhubung dengan TH di talian 03-62071919 untuk maklumat lanjut.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Nambikkai seru pengundi KKB undi calon kerajaan Perpaduan

PERTUBUHAN Nambikkai Malaysia menyeru pengundi di Kuala Kubu Baharu agar menyokong serta mengundi calon daripada kerajaan Perpaduan pada Pilihan...

Lagi Artikel Berkaitan