31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

BN banyak berubah ketengah calon muda, wibawa – Exco Pemuda

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERUBAHAN landskap politik baru BN yang bersikap terbuka dengan pandangan Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO untuk mengenengahkan wajah-wajah baru dalam kepimpinan khususnya dalam PRN Melaka tidak lama lagi memberi tanda serta perkembangan positif.

Malah EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang juga Ketua Pemuda UMNO Lembah Pantai, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin turut menyatakan keyakinannya BN mampu memenangi PRN Melaka walaupun terpaksa bertanding sendirian tanpa Perikatan Nasional (PN).

“Saya nampak peluang itu besar kerana BN akan menampilkan ramai calon anak muda dan calon-calon baru yang ada potensi untuk berkhidmat kepada rakyat.

“In sha Allah, BN mampu sambung kesinambungan pembangunan dan ekonomi yang tergendala sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhamad Muqharabbin atau lebih dikenali sebagai Qobin berkata, walaupun PRN Melaka berlaku oleh kerana konflik dalaman parti, tetapi, UMNO sangat berprinsip dan terus secara automatik telahpun membuang dua adun tersebut.

“Saya juga ingin sama-sama berpesan kepada rakyat negeri Melaka, tentang apa yang telah berlaku sepanjang tempoh PH memerintah negara dan negeri serta kemelut perbalahan dalaman PPBM yang sehingga kini masih berlaku dan menunggu masa untuk berpecah.

“Pilihlah BN, parti yang berprinsip, yang mampu membangun ekonomi rakyat dan negara, menjaga keharmonian pelbagai bangsa dan sentiasa cakna dan prihatin kepada rakyat serta sentiasa turun padang membantu rakyat yang memerlukan.

Malah beliau juga berharap, pada PRN kali ini, rakan-rakan pemuda dan puteri serta beberapa lagi calon profesional, dapat diangkat menjadi calon dan diketengahkan oleh pucuk pimpinan parti.

“…antaranya seperti Ketua Pemuda Negeri Melaka, Fairul Nizam Roslan; Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Rais Yasin dan Datuk Dira Abu Zahar Ketua Pemuda Jasin, Dr Akmal Saleh,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 November manakala penamaan calon pada 8 November dan undi awal pada 16 November.

PRN Melaka diadakan ekoran pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Oktober lepas susulan empat ahli Dewan Undangan Negeri yang menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan