25.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 12, 2024

Waspada skim pelaburan palsu di media sosial – TH

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PARA pendeposit dan orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dengan tipu helah yang dilakukan oleh scammer.

Lembaga Tabung Haji (TH) menerusi kenyataan memaklumkan, terbaharu, pihak yang tidak bertanggungjawab itu kini menggunakan taktik mengiklankan skim pelaburan di media sosial seperti Facebook dan TikTok.

“Iklan-iklan ini akan dihubungkan dengan aplikasi WhatsApp untuk terus memperdaya orang ramai dengan menjanjikan keuntungan tinggi dan pantas,”katanya.

Advertisements

Sehubungan dengan itu, TH berkata, orang ramai terutamanya pendeposit perlu berhati-hati untuk tidak mudah percaya dan terjerat dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan menerusi skim-skim pelaburan yang meragukan.

“TH sentiasa memberi peringatan dan nasihat berkaitan perkara ini kepada para pendeposit di platform-platform komunikasi rasminya,”menurut kenyataan itu.

Untuk sebarang pertanyaan orang ramai boleh hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

1,091 projek naik taraf sekolah daif telah diluluskan – KPM

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) telah meluluskan sebanyak 1,091 projek naik taraf dan pembangunan semula sekolah daif di seluruh negara...

Lagi Artikel Berkaitan