27.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

‘Seloka Legenda Waris Seni’ himpun waris seniman dan seniwati

Mesti Baca

MAHU terus menggerakkan industri seni, Persatuan Melodi Kenangan Artis dan Penggiat Seni Malaysia (PEMEKAR) tampil mengadakan program Seloka Legenda Waris Seni.

Program yang menghimpunkan waris seniman dan seniwati tanah air itu turut berkongsi pengalaman masing-masing kepada umum.

Dengan mengangkat tema, ‘ke mana tumpahnya kuah, jika tidak ke nasi’, program bual bicara itu berlangsung di sebuah hotel di Ampang, baru-baru ini turut bertujuan memartabatkan seniman dan seniwati melalui pewarisnya.

Pengerusi PEMEKAR, Amran Nasrudin, berkata antara lain objektif program adalah mengangkat dan menggerakkan aktiviti anak seni melalui ikon lakonan, muzik dan tarian sebagai usaha mengenali lebih dalam bintang serta tokoh seni negara.

“Program ini mendokumentasikan tokoh legenda warisan seni kepada waris seni melalui rakaman video sebagai bahan rujukan semasa hayatnya sebagai tokoh artis dan penggiat seni.

“Mereka turut berkongsi pengalaman dan pengorbanan sebagai anak seni dalam mewarnai industri seni negara.

Advertisements

“Antara yang terbabit dalam program ini adalah Fauziah Datuk Ahmad Daud iaitu waris Seniwati Saadiah dan Ahmad Daud,Dilla dan Fairuz Husain waris Seniman Husain Abu Hasandan Seniwati Mahyon Ismail, Hairi Kool waris keluarga Sophia Ibrahim dan Osama Yamani waris Datuk Jamal Abdillah,” katanya.

Amran berkata, pihaknya mengetengahkan tema Seloka Legenda Waris Seni yang memberi maksud legasi seseorang penggiat seni akan diteruskan oleh waris tdak kira cabang seni yang diceburi.

“Setiap waris kepada seniman dan seniwati berkongsi mengenai lagu dan lakonan yang pernah dijayakan oleh waris bermula era 1950-an lagi.

“Program ini mengetengahkan kembali muzik dan lagu popular dalam segmen persembahan pentas dan lagu oleh pewaris melalui visual filem.

“Disamping itu program berkenaan turut di meriahkan lagi dengan jualan produk artis di ‘selebriti corner’ yang bertujuan untuk menambahkan lagi pendapatan artis dengan menjual produk hasil mereka sendiri,” katanya lagi. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan