27.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Abdul Hadi tidak cerminkan nilai sebenar agamawan Islam

Dalam ketika hendak berpolitik, biarlah ia bersifat sederhana dan jangan sampai memecah-belahkan umat, melontarkan fitnah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KENYATAAN Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang secara sinis mendakwa seolah-olah Kerajaan Madani tidak dapat disucikan kerana dikelilingi bekas banduan dan perasuah, jelas menunjukkan beliau tidak mencerminkan nilai sebenar agamawan Islam.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi berkata, seharusnya sebagai agamawan, Abdul Hadi perlu menguar-uarkan nilai kebersamaan, kesatuan serta kekitaan.

Beliau yang menzahirkan rasa kecewa berhubung perkara itu berkata, hal ini kerana agama Islam telah tersebar melalui penyatuan manusia yang mempunyai pelbagai latar belakang.

“Lantaran itu, saya berpandangan bahawa dalam ketika kita hendak berpolitik, biarlah ia bersifat sederhana dan jangan sampai kita memecah-belahkan umat, melontarkan fitnah dan mengadu domba,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, sementelahan itu, jangan hanya kerana kita mengenakan kopiah di atas kepala dan mengemudi parti yang tertera nama Islam, kita merasakan seolah-olah pihak lain tidak suci mahupun tidak ‘Islam’ sepenuhnya.

Dalam pada itu, Ahmad Farhan ingin mengajak Abdul Hadi untuk mengkaji semula pandangan beliau dengan menghayati Firman Allah Swt dalam Surah An-Najm, 53:32.

Advertisements

“Maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa..”

“Demikian itu, hanya Allah SWT yang layak untuk menilai kesucian seseorang. Sebagai agamawan, beliau sepatutnya memahami lebih mendalam perihal ini.

“Oleh itu, saya berharap hal ini akan menjadi pengajaran kepada semua untuk bersederhana dalam berpolitik dan tidak merendahkan pihak yang berbeza ideologi dengan kita,”katanya.

Semalam media melaporkan, Abdul Hadi dalam sidang media selepas merasmikan Muktamar PAS ke-69 menyifatkan, PAS tidak mampu membersihkan Kerajaan Perpaduan yang sudah sedia tercemar.

Ahli Parlimen Marang itu menggambarkan Kerajaan Perpaduan “kotor” kerana dianggotai oleh bekas banduan dan ‘kluster mahkamah’. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan