26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Tesla lancar Model 3, pusat pengalaman pertama di Malaysia

Mesti Baca

TESLA melancarkan sedan elektrik Model 3 baharu dan pusat pengalaman pertamanya di Malaysia, baru-baru.

Model baharu itu, yang berharga bermula pada RM189,000, boleh didapati dalam dua varian, pacuan roda belakang dan versi jarak jauh. Ia menawarkan julat cas tunggal sehingga 629 kilometer (km).

Dengan pelancaran model baharu itu, Pengarah Serantau Tesla Isabel Fan berkata, syarikat merancang untuk mewujudkan lebih banyak stesen pengecasan Super untuk menambah kepada dua stesen sedia ada yang terletak di Pavillion Kuala Lumpur dan Sunway Big Box, Johor.

“Kami akan mempunyai lebih banyak stesen. Pelan kami ialah menghubungkan negara, menghubungkan rantau ini dan menjadikan perjalanan rentas sempadan seperti dari Singapura ke Malaysia, menjadi mudah,” katanya pada majlis pelancaran Model 3 Tesla di Pusat Pengalaman di Pavilion Damansara Heights.

Pusat berkeluasan 3,000 kaki persegi itu, akan memberikan perkhidmatan kepada perbandaran mewah Bangsar dan Damansara Heights.

Advertisements

Fan berkata, Tesla Supercharging, antara stesen pengecasan terpantas di dunia, boleh mengecas Model 3 baharu sehingga 282 km hanya dalam 15 minit sahaja.

Tesla turut merancang untuk mewujudkan stesen pengecasan Super di 12 lokasi berbeza di negara ini, termasuk lima di Lembah Klang, dua di wilayah utara dan dua di wilayah selatan.

Di peringkat global, syarikat itu kini mempunyai rangkaian pengecasan pantas yang terbesar, dengan 4,947 stesen pengecasan Super dan 45,000 pengecas Super.

Model 3 mampu memecut dari 0 hingga 100 km sejam dalam masa 4.4 saat sahaja selain kurang mengeluarkan bunyi yang disokong oleh penggunaan kaca akustik 360 darjah.

Pada masa ini, pengeluaran tahunan Tesla berjumlah dua juta kereta elektrik untuk memenuhi permintaan global. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan