27.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 14, 2024

Event Legacy Rider 2.0 kembali, sasar 50,000 penyertaan

Mesti Baca

ATAS kejayaan program Event Legacy Rider 1.0 yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang pada 29 Oktober tahun lalu, ia kembali lagi menemui peminat tahun ini.

Dengan menyasarkan 50,000 peminat sukan permotoran di seluruh negara datang berhimpun, Event Legacy Rider 2.0 bakal berlangsung pada 28 Oktober, Sabtu depan di KL Base (Bekas Lapangan Terbang Sungai Besi).

Pengarah Urusan GGR Machine (M) Malaysia & Legacy Rider Muhammad Musaddiq Mohamed Azmi berkata, sambutan positif yang diterima, membakar semangat Legacy Rider untuk menganjurkan Event Legacy Rider 2.0.

“Kami menjangkakan edisi kali ini akan diserbu oleh lebih 50,000 pengunjung yang juga peminat sukan permotoran.  

“Lokasi asal program sepatutnya diadakan di Stadium Shah Alam, tetapi kami berpindah ke Lapangan Terbang Sungai Besi, Kuala Lumpur memandangkan kedudukannya yang strategik dan sesuai untuk acara berstatus mega seperti ini,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran program berkenaan, baru-baru ini.

Program yang mendapat kerjasama Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA), Majlis Amanah Rakyat (MARA),PUNB Malaysia, PERNAS & GISB Holding itu akan bermula dari jam 8 pagi sehingga 6 petang.

Advertisements

“Kami berharap Perasmian Legacy Rider 2.0 ini dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri kerana ini akan memberikan satu penghargaan yang sangat bermakna bagi pihak Legacy Rider & peminat sukan pemotoran di negara kita,” katanya.

Muhammad Musaddiq berkata, pengunjung yang hadir bakal menyaksikan pelbagai pameran menarik antaranya himpunan 300 motor jenama Ducati.

“Pogram ini dijalankan untuk menyemarakkan industri pelancongan di negeri Selangor dengan memperkenalkan kepada kumpulan bermotosikal di seluruh negeri serta golongan belia yang menceburi sukan permotoran bagi tujuan mengeratkan silaturrahim dan berekreasi.

“Event Legacy Rider 2.0 adalah sebuah program yang menghimpunkan belia yang terbabit dengan sukan permotoran dalam sebuah program yang santai dengan pelbagai aktiviti dan hiburan dari rakan selebriti popular tanahair yang bakal hadir.

“Dalam usaha menjayakan Event Legacy Rider 2.0 juga, kami telah menjalankan hubungan baik dengan rakan selebriti popular tanahair dan ikon-ikon media sosial (influencer) yang akan turut serta membantu dan mempromosikan event ini,” katanya.

Antara selebriti terbabit ialah Achey Bocey, Black Hanifah, Ajak Shiro, Uchop Ahmad, Tajul dan ramai lagi. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Yakin Boleh mampu membentuk nasionalisme kalangan belia

Oleh MOHAMMAD RIZAN HASSAN TEMA Hari Belia Negara 2024 yang akan di sambut pada 15 Mei ialah Yakin Boleh yang...

Lagi Artikel Berkaitan