Thursday, July 23, 2026

Tesla diparkir tiba-tiba hangus terbakar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBUAH kereta jenis Tesla yang diparkir di tepi jalan, secara tiba-tiba mengalami kebakaran dalam kejadian yang berlaku di Jalan Puchong Jaya, Puchong, Selangor, malam tadi.

Akibat kejadian itu menyebabkan kenderaan mewah terbabit 70 peratus terbakar.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.32 malam.

“Bertindak atas maklumat, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi, bomba mendapati ia melibatkan sebuah kereta jenis Tesla yang terbakar sebanyak 70 peratus dan tidak melibatkan mangsa.

“Kebakaran bagaimanapun berjaya dipadamkan bomba sepenuhnya dan diserahkan kepada pihak forensik untuk tindakan lanjut.

“Difahamkan, pemilik kenderaan itu parkir seketika untuk pergi makan,”katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, kes itu diserahkan kepada pihak forensik untuk siasatan lanjut. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan