28.9 C
Kuala Lumpur
Monday, May 13, 2024

Siri jelajah pertama album Amir Masdi dapat sambutan hangat

Mesti Baca

PENYANYI yang namanya kian meningkat naik, Amir Masdi berjaya menyelesaikan misinya menerusi showcase siri jelajah album yang diadakan di Hard Rock Café, Melaka pada 15 September lalu.

Lebih membanggakan apabila persembahan sempena penerbitan album sulung berjudul Amir Masdi itu dihadiri 600 penonton yang datang dari serata negeri.

Amir atau nama sebenar Amir Syazwan Masdi, 27, mengotakan janjinya untuk memberikan persembahan bertaraf ‘A Class’ dengan menyanyikan 21 lagu terdiri daripada lagu-lagu dalam album Amir Masdi, single terdahulu dan beberapa lagu penyanyi popular lain.

“Untuk ‘album tour’ ini memang menjadi impian saya. Kalau ada album sahaja saya belum betul-betul puas, tapi peluang keemasan ini hadir tepat pada waktunya.

“Saya sangat gembira dan bersyukur apabila dapat menjayakan projek ini di lokasi pertama di Hard Rock Cafe, Melaka. 

“Apa boleh dikatakan, penonton yang hadir pada persembahan siri jelajah album Amir Masdi memang hebat.

“Tanpa sokongan mereka, mustahil untuk saya berjaya berada atas pentas itu seterusnya menghiburkan mereka semua.

“Tidak dinafikan ‘crowd’ pada malam itu sangat ‘sporting’. Walaupun ada lagu baharu daripada album, tapi mereka tetap menyanyi bersama.

“Semangat mereka itu menjadi aura untuk saya terus memberikan persembahan lebih baik pada masa akan datang,” katanya.

Advertisements

Pada persembahan selama dua jam itu, Amir diiringi lima pemuzik berpengalaman.

Sementara itu, berita gembira buat peminat Amir Masdi apabila siri jelajah album itu bakal diteruskan di beberapa lokasi lain di seluruh negara tidak lama lagi.

Selepas kejayaan persembahan di lokasi pertama Hard Rock Café, Melaka, seterusnya Amir akan berada di Wilayah Persekutuan Labuan.

“Ini adalah projek yang bangus sebab saya dapat berjumpa dengan peminat dari pelbagai negeri di Malaysia.

“Dalam perancangan, kami mahu jayakan di lebih banyak lokasi yang mampu. Kalau boleh memang nak buat di setiap negeri, tapi itu akan diuruskan kemudian. Nantikan pengumuman dari  kami,” katanya.

Menariknya, Amir adalah artis pertama yang membuat persembahan di Hard Rock Café Melaka bersempena ulang tahun ke-10 mereka.

“Pihak Hard Rock Cafe juga ada umumkan satu perkara yang istimewa untuk ‘album tour’ saya ini.

“Saya adalah artis pertama yang membuat persembahan pada hari ulang tahun ke-10 mereka. Apabila dapat tahu saya terkejut sebab bukan senang untuk menyanyi di Hard Rock apatah lagi mengadakan ‘showcase’ di situ,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

SU Politik PM kecewa Malindo Air tutup pintu pelepasan lebih awal

SETIAUSAHA Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin kecewa apabila pesawat Malindo Air yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan