27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Jangan politikkan teguran PM terhadap isu ‘maha kaya’

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin supaya tidak mempolitikkan berhubung teguran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap golongan ‘maha kaya’.

Mohd Puad berkata, pemimpin Perikatan Nasional (PN) itu sebenarnya faham apa yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri berkenaan isu tersebut.

Katanya, maksud Perdana Menteri dalam ucapan ketika pembentangan Belanjawan 2024 Jumaat lalu ialah golongan kaya tidak boleh melanggar tata kelola kewangan seperti isu Jana Wibawa.

“Kita mahu ‘maha kaya’ yang boleh berunding macam Syed Mokhtar. Dia menyumbang RM10 juta untuk pesawah padi miskin setelah PMX minta dia mengurangkan monopoli beras negara.

Advertisements

“Kita tidak mahu ‘maha kaya’ yang cuba mencatur politik negara dan menaja kerajaan tebuk atap. Hamzah pula terasa pedas cilinya,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Semalam Hamzah menempelak Perdana Menteri yang menuding golongan ‘maha kaya’ ketika membentangkan Belanjawan 2024 pada Jumaat lalu.

“PN bimbang dengan intonasi dan naratif Anwar dalam pembentangan Belanjawan 2024 yang memberikan gambaran negatif kepada golongan kaya.

“Saya hairan sudah acap kali Anwar melabelkan mereka sebagai golongan maha kaya yang seolah-olah melakukan banyak kesalahan,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 peringkat dasar di Dewan Rakyat. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan