27.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Menteri Kabinet sebulat suara sokong Muhyiddin

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA- Ahli-ahli Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet yang berlangsung hari ini membuat keputusan sebulat suara untuk kekal memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai Perdana Menteri.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini, mereka juga ingin memaklumkan bahawa setiap keputusan kerajaan dibuat secara kolektif oleh Jemaah Menteri setelah mengambil kira pandangan semua pihak.

“Keutamaan kerajaan pada ketika ini adalah untuk menjayakan Pelan
Pemulihan Negara (PPN) demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara serta membawa negara keluar dari pandemik COVID-19, ” kata mereka.

Kenyataan itu sekali gus menafikan desas-desus tentang kemungkinan menteri-menteri Kabinet dari UMNO menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Advertisements

Situasi politik di negara ini kembali panas apabila UMNO mengumumkan menarik balik dan menamatkan sokongan terhadap Muhyiddin dengan serta-merta.

Pengumuman itu dibuat awal 8 Julai lalu oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media secara maya selepas mesyuarat Majlis Tertinggi parti yang bermula malam sebelumnya.

Sementara itu, Pejabat Peguam Negara dalam satu kenyataan pada hari yang sama menyatakan, Muhyiddin dan barisan jemaah menteri sedia ada masih kekal untuk terus menjalankan kuasa eksekutif Persekutuan.

Pejabat Peguam Negara menjelaskan, buat masa sekarang kerajaan tidak mempunyai apa-apa fakta jelas yang menunjukkan Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat. â€“ EDISI 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan