26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, March 25, 2023

Menteri Kabinet sebulat suara sokong Muhyiddin

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA- Ahli-ahli Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet yang berlangsung hari ini membuat keputusan sebulat suara untuk kekal memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai Perdana Menteri.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini, mereka juga ingin memaklumkan bahawa setiap keputusan kerajaan dibuat secara kolektif oleh Jemaah Menteri setelah mengambil kira pandangan semua pihak.

“Keutamaan kerajaan pada ketika ini adalah untuk menjayakan Pelan
Pemulihan Negara (PPN) demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara serta membawa negara keluar dari pandemik COVID-19, ” kata mereka.

Kenyataan itu sekali gus menafikan desas-desus tentang kemungkinan menteri-menteri Kabinet dari UMNO menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Situasi politik di negara ini kembali panas apabila UMNO mengumumkan menarik balik dan menamatkan sokongan terhadap Muhyiddin dengan serta-merta.

Pengumuman itu dibuat awal 8 Julai lalu oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media secara maya selepas mesyuarat Majlis Tertinggi parti yang bermula malam sebelumnya.

Baca juga:   Pendirian UMNO tidak tergelincir dari utamakan rakyat

Sementara itu, Pejabat Peguam Negara dalam satu kenyataan pada hari yang sama menyatakan, Muhyiddin dan barisan jemaah menteri sedia ada masih kekal untuk terus menjalankan kuasa eksekutif Persekutuan.

Pejabat Peguam Negara menjelaskan, buat masa sekarang kerajaan tidak mempunyai apa-apa fakta jelas yang menunjukkan Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat. – EDISI 9

Baca juga:   Tiada campur tangan proses mahkamah libat Jemaah Menteri

Wartawan

Terkini

Dua gol Mbappe bantu Perancis ratah Belanda

KAPTEN baharu Perancis, Kylian Mbappe meledak dua gol bagi membantu negaranya membelasah Belanda 4-0 dalam aksi kelayakan Euro 2024...

Lagi Artikel Berkaitan