25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

93 laporan polis dibuat NUBE terhadap CEO HSBC

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) membuat 93 laporan polis terhad Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Bank Malaysia Berhad, Stuart Milne ekoran keputusannya memberhentikan pekerja ketika krisis pandemik COVID-19 melanda negara.

Setiausaha Agungnya, J Solomon berkata, tindakan Milne itu turut menjejaskan kumpulan sasaran B40 dan M40 selain tidak menghormati titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum ini.

Beliau berkata, ketika hanya terdapat sebanyak 44 kes baharu COVID-19 pada 18 Mei tahun lalu, Seri Paduka Baginda dalam titah diraja telah menggesa para majikan agar tidak membuang pekerja mereka dengan sewenang-wenangnya.

Malahan menurut beliau, baginda juga turut menasihatkan semua pihak melakukan peranan dan pengorbanan demi menyelamatkan ekonomi negara.

“Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Bank Malaysia Berhad, Stuart Milne telah memilih untuk mengumumkan skim pemberhentian pekerja melibatkan 600 orang pekerja pada 3 Jun lalu, ketika kes baharu COVID-19 melonjak ke paras 8,209 dan sebanyak 103 kematian direkodkan.

“Sudah jelas bahawa tindakan yang dilakukan itu dengan sengaja untuk memperlekehkan nasihat Yang di-Pertuan Agong,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bagi NUBE, ketidakpatuhan Stuart Milne adalah satu pengkhianatan kepada raja kita dan tidak boleh diterima oleh rakyat Malaysia.

“Kami berbangga dan berterima kasih kepada 93 pegawai dan anggota NUBE, sanggup membuat laporan demi melindungi institusi diraja dan pekerja-pekerja yang mengalami kecederaan mental, yang disebabkan oleh tindakan Stuart Milne yang tidak menghormati budaya Malaysia,” katanya. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan