25 C
Kuala Lumpur
Monday, October 18, 2021

11,618 kes, pecah rekod 2 hari berturut-turut

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Kes jangkitan positif baharu COVID-19 di Malaysia mencatatkan rekod tertinggi lagi hari ini dengan jumlah 11,618 kes.

Secara keseluruhan, sebanyak 867,567 kes positif COVID-19 dicatatkan di seluruh negara setakat ini.

Maklumat itu dikongsi oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam laman Facebook beliau, hari ini

Semalam, penularan COVID-19 buat julung-julung kali melepasi angka 10,000 kes sejak pandemik itu mula melanda negara awal tahun lalu

Sebanyak 11,079 kes direkodkan semalam manakala 8,574 kes jangkitan baharu dicatatkan kelmarin; 9,105 kes baharu pada 11 Julai; 9,353 kes pada 10 Julai dan 9,180 kes pada 9 Julai lalu.

Selangor masih lagi kekal sebagai negeri yang mempunyai kadar jangkitan tertinggi iaitu sebanyak 5,051 kes diikuti Kuala Lumpur (1,749 kes) dan Negeri Sembilan (1,537 kes).

Melaka pula mencatatkan 526 kes diikuti Kedah (504 kes), Pahang (400 kes), Johor (396 kes), Sarawak (289 kes),  Sabah (286 kes), Kelantan (236 kes) dan Pulau Pinang (210 kes).

Sejumlah 189 kes dikesan di Terengganu hari ini diikuti Perak (164 kes), Putrajaya (40 kes), Labuan (38 kes) dan Perlis (3 kes).

Dari segi jumlah terkumpul, Selangor merekodkan 300,974 kes diikuti Kuala Lumpur (92,837 kes), Johor  (76,037 kes), Sabah  (73,136 kes), Sarawak  (69,865 kes) dan Negeri Sembilan (55,756 kes).

Baca juga:   Semakin hampir 8,000 kes jangkitan baharu COVID-19
Baca juga:   Suspek panjat pagar SPRM dicekup polis

Pulau Pinang mencatatkan jumlah terkumpul 37,294 kes diikuti Kelantan (36,721 kes), Kedah  (30,000 kes), Perak (29,771 kes), Melaka  (23,135 kes), Pahang (17,183 kes) dan
Terengganu (12,181 kes).

Dua Wilayah Persekutuan dan sebuah negeri masih mencatatkan jumlah terkumpul di bawah 10,000 kes.

Labuan merekodkan jumlah terkumpul 9,305 kes diikuti Putrajaya  (2,761 kes) dan Perlis  (611 kes).

Sementara itu, dalam kenyataan media hari ini, Dr Noor Hisham memberitahu, sebanyak 118 kematian akibat COVID-19 dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan 6,503 kes setakat ini.

Menurut beliau, seramat 108 pesakit yang meninggal dunia adalah rakyat tempatan manakala 10 orang lagi warga asing.

“Sebanyak 46 kes kematian dilaporkan di Selangor, 18 kes di Kuala Lumpur, 16 kes di Negeri Sembilan, 13 kes di Johor, lima kes di Kedah, masing-masing empat kes di Sabah dan Sarawak, masing-masing dua kes di Labuan, Kelantan, Perak, Pahang, dan Melaka, serta masing-masing satu kes di Pulau Pinang dan Terengganu,” katanya.

Sebanyak 101,359 kes masih aktif dan 878 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi manakala 432 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, seramai 6,377 pesakit sembuh hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 759,705 kes.

Sebanyak 26 kluster baharu dikesan hari ini yang terdiri daripada 15 kluster tempat kerja, tujuh kluster komuniti dan empat kluster kumpulan berisiko tinggi.

Sebanyak 3,142 kluster telah dikesan setakat ini di mana 2,266 kluster telah tamat dan 876 kluster masih aktif.

Baca juga:   PMO nafi mesyuarat Muhyiddin bersama SPR

Dr Noor Hisham menambah, seperti yang dijelaskan Kementerian Kesihatan sebelum ini, peningkatan kes harian adalah sejajar dengan jumlah kenaikan saringan COVID-19 iaitu hasil saringan bertumpu yang sedang giat dijalankan di seluruh negara khususnya di Lembah Klang.

Baca juga:   Tarik sokongan PN pengkhianat bangsa - QIAM

Beliau memberitahu, jumlah ujian harian tertinggi bagi tempoh dua minggu telah direkodkan pada 13 Julai lalu iaitu sebanyak 131,706 ujian (RT-PCR dan RTK-Ag).

“Namun, masih terdapat kapasiti untuk menjalankan lebih banyak ujian terutamanya di makmal-makmal swasta.

“Kapasiti ini akan diguna pakai sebaik-baiknya bagi menjalankan lebih banyak ujian COVID-19 secara strategik,” jelasnya. – EDISI 9

Terkini

Muzakarah khas bincang SOP rapatkan saf solat berjemaah – Idris

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diarah untuk mengatur satu muzakarah khas untuk membincangkan prosedur operasi standard (SOP) bagi...

Lagi Artikel Berkaitan