25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Ahli politik asyik bertelagah, rakyat semakin muak

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Rakyat akan muak dengan semua ahli politik sekiranya mereka terus bertelagah sesama sendiri.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, senario itu dijangka berlaku walau hanya satu kluster kecil sahaja yang sebenarnya bermasalah.

“Alangkah baiknya jika semua parti dan ahli politik dapat berkongsi semangat kebersamaan itu.

“Dalam menghadapi krisis COVID-19, kita ketepikan perbezaan dan dahulukan keperluan rakyat,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Beliau menambah, masa untuk bersaing dalam arena politik akan tiba pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Pada masa ini, Wan Saiful memberitahu, semua pihak perlu menumpukan kepada usaha memerangi COVID-19 dahulu.

“Langkah kerajaan memberi peruntukan kepada semua wakil rakyat tanpa mengira parti adalah permulaan yang baik.

“Kerana semua wakil rakyat perlu memainkan peranan membantu rakyat,” jelasnya.

Beliau turut menyarankan agar kluster mahkamah yang ada agenda peribadi ditolak ke tepi dahulu.

“Saya yakin rakyat nampak sifat hipokrit mereka yang terdesak mempergunakan jentera politik untuk selamatkan diri,” katanya.

Namun, kata Wan Saiful, bagi kelompok ahli politik yang lain, adalah lebih baik jika mereka semua menangguhkan persaingan politik, dan bersama-sama membela rakyat dan membina ekonomi.

“Supaya kita semua menang bersama dan ahli politik dapat berkongsi semangat kebersamaan itu.

“Dalam menghadapi krisis COVID-19, kita ketepikan perbezaan dan dahulukan keperluan rakyat.

Beliau juga menjelaskan, semua ketua penerangan parti-parti dalam Perikatan Nasional (PN) bermesyuarat setiap minggu dan mendengar penerangan
daripada menteri-menteri dan ahli-ahli akademik. 

Antaranya, kata Wan Saiful, mereka telah mendengar pembentangan daripada Menteri Sains dan Teknologi, Khairy Jamaludin, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen), Datuk Seri Takiyuddin Hasan.

“Selain dengar pembentangan dari menteri, kami juga beri cadangan kepada mereka.

“Semua parti hanya ada satu tumpuan, iaitu jaga rakyat dan bina ekonomi,” ujarnya.

Menurut beliau, semangat kebersamaan memang wujud di antara kelompok majoriti dalam kerajaan PN.

“Saya rasa semangat kebersamaan sebeginilah yang sebenarnya dikehendaki oleh rakyat.

“Semua pihak berhenti bertelagah, dan tumpu kepada usaha memerangi COVID-19,” katanya. – EDISI 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan