30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Utamakan program vaksinasi di semua daerah Johor – TMJ

Mesti Baca

CYBERJAYA – Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menitahkan program vaksinasi di semua daerah di Johor diberi keutamaan supaya imuniti kelompok boleh dicapai secepat mungkin. 

Pada masa sama, baginda juga menasihatkan agar proses logistik pengedaran vaksin ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dipercepatkan dan bekalan vaksin di pusat itu sentiasa mencukupi. 

“Bilangan lokasi PPV dan pegawai-pegawai perubatan juga patut ditambah bagi meliputi seluruh negeri Johor,” titah baginda dalam catatan di Facebook HRH Crown Prince of Johor.

Tunku Ismail hari ini menyaksikan penerimaan bekalan vaksin Pfizer yang akan diedarkan ke PPV dalam masa terdekat dan melawat Pusat Penyimpanan Vaksin di Hospital Permai, Johor Bahru.

“Sukacita ingin saya maklumkan bahawa sebanyak 83 peratus bangsa Johor telah berjaya mendaftar untuk menerima vaksin. Bagi mereka yang belum, saya ingin menyeru kepada anda untuk mendaftar secepat mungkin.

Advertisements

“Saya ulangi, jika imuniti kelompok dapat dicapai, maka pemulihan ekonomi Johor dapat bermula,” titah baginda.

Tunku Ismail mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Kementerian Kesihatan Malaysia kerana telah memberi Kerjasama untuk mempercepatkan program vaksinasi di semua daerah di Johor. 

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para barisan hadapan atas khidmat dan pengorbanan anda semua dalam menyelamatkan nyawa rakyat. Semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati para barisan hadapan,” titah baginda.

Minggu lalu, Tunku Ismail bertitah, sebanyak 1.293 juta dos vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) akan tiba di Johor secara berperingkat bulan ini.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi baginda HRH Crown Prince of Johor, baginda bertitah daripada angka itu, sejumlah 583,000 ialah vaksin jenis Pfizer-BioNTech, 637,000 vaksin Sinovac dan 73,000 vaksin AstraZeneca. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan