29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Bukan masa berpolitik, beri keutamaan krisis Covid-19 – TMJ

Mesti Baca

CYBERJAYA –  Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim beritah ahli politik seharusnya memberi keutamaan dalam menangani krisis Covid-19 khususnya yang menyentuh soal kesihatan dan ekonomi rakyat.

Titah baginda, segala usaha ketika ini harus diarahkan untuk menangani pandemik Covid-19 yang nyata menghimpit rakyat dari pelbagai aspek.

“Saya ingin memberi pandangan dan nasihat yang ikhlas kepada semua ahli politik di Johor ataupun mana-mana.

“Anda harus memberikan keutamaan kepada krisis kesihatan dan krisis ekonomi yang kini berada di tahap yang amat membimbangkan. Sekarang bukan masa untuk berpolitik,” titah Tunku Ismail menerusi akaun Twitter baginda @HRHJohorII

Titah Tunku Ismail, mandat yang dipegang oleh setiap ahli politik adalah datangnya daripada rakyat.

Advertisements

Justeru, sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk melaksanakan tugas untuk menangani krisis Covid-19 dalam negara.

“Anda semua dipilih oleh rakyat untuk berkhidmat demi rakyat dan negara. Tolonglah berikan tumpuan untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan dan cuba sedaya boleh untuk memerangi pandemik ini.

“Ketepikan segala perbezaan politik buat sementara ini dan berikan tumpuan sepenuhnya kepada rakyat. Ini adalah masa untuk berkhidmat dan membantu rakyat,” titah baginda.

Minggu lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penarikan balik sokongan parti itu terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana gagal mentadbir negara ini seperti yang diharapkan.

Beliau berkata, keputusan yang dibuat oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO juga bersetuju agar Muhyiddin meletakkan jawatan bagi membolehkan seorang Perdana Menteri sementara dilantik bagi mentadbir negara sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan