28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Vaksinasi berterusan beri perlindungan – Dr Noor Hisham

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melihat dengan pemberian vaksin kepada penerima mampu memberi perlindungan walaupun negara berdepan dengan kehadiran varian Delta.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, program vaksinasi adalah penyelesaian terbaik kepada masalah penjagaan kesihatan yang dihadapi ketika ini.

“Walaupun UK (United Kingdom) misalnya menangguhkan pemberian suntikan kedua vaksin pada peringkat awal sepaya lebih ramai mendapat suntikan pertama, namun Malaysia melihat sebaliknya berikutan varian Delta.

“Kajian menunjukkan satu dos vaksin Pfzier hanya memberi perlindungan 33 peratus. Kita juga mempertimbangkan kaedah negara lain tetapi kerana kita mahukan hasil optimum terutama kewujudan varian membimbangkan (VoC), maka kita ikut saranan dos kedua selang tiga minggu selepas dos pertama.

“Bagi AstraZeneca kita panjangkan tempoh 12 minggu pada awalnya untuk seramai mungkin dapat divaksin dan kini kita singkatkan kepada lapan minggu.

“Walaupun ada varian Delta, vaksin yang diterima mampu memberi perlindungan optimum,” katanya dalam sidang media di sini.

Advertisements

Dr Noor Hisham bagaimanapun mengakui, bagi melaksanakan vaksinasi seramai mungkin memang memberi tekanan kepada kerajaan tetapi pada masa sama pihaknya perlu memastikan hasil optimum daripada pelaksanaan pemberian vaksin berkenaan.

Sehubungan dengan itu, beliau  berharap program vaksinasi akan terus dapat dipertingkatkan.

“Sebab itu kita yakin kes akan turun dan kemasukan ke wad serta unit rawatan rapi (ICU) akan berkurang apabila 40 peratus populasi dewasa lengkap divaksin dua dos,” katanya.

Jelasnya, varian Delta merebak dengan pantas berbanding varian lain dengan kadar kebolehjangkitan (Rt) 5-10.

“Kita juga boleh melihat indikator dari negara-negara maju yang memulakan program vaksinasi tiga, empat bulan lebih awal untuk memastikan strategi terbaik dalam isu ini,” katanya.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan