Sunday, June 14, 2026

PKRC MAEPS 2.0 dijadikan hospital bersepadu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Skop perkhidmatan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Bersepadu 2.0 Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) akan diperluaskan menjadi Hospital Bersepadu MAEPS bagi menangani lonjakan mendadak kes COVID-19 di Lembah Klang.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, Hospital Bersepadu MAEPS itu akan  berfungsi sama seperti dengan hospital kerajaan lain.

“Dengan pelaksanaan itu, ia akan mampu memberi perawatan pemulihan kecemasan kes COVID-19 kategori tiga dan empat dengan menambahkan kapasiti oksigen kepada lebih 1,500 pesakit,”katanya dalam sidang media di sini.

Mengulas lanjut, katanya, penambahan sebanyak sebanyak 1,000 tangki oksigen serta 1,000 oxygen concentrator akan dilakukan, bagi meningkatkan lagi kapasiti oksigen di PKRC MAEPS yang dijadikan Hospital Bersepadu dalam perawatan COVID-19.

“Untuk makluman, jumlah bekalan oksigen di seluruh Selangor pada masa ini adalah berjumlah 6,391 merangkumi port dan tangki dengan pencapaian penggunaan sebanyak 3,413 buah atau 53 peratus.

“Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) sedia ada  juga akan dilengkapi dengan keperluan oksigen sementara pesakit menunggu rujukan ke PKRC MAEPS atau hospital,”katanya. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan