29.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

19 ahli ‘geng Sakai’ didakwa di bawah SOSMA

Mesti Baca

CYBERJAYA -Seramai 19 lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen  Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai ‘Geng Sakai’ di antara Januari 2015 dan Jun 2021.

Mereka ialah Rosli Sahak (dipercayai ketua kumpulan itu yang digelar Sakai), A. Ravindran, A. Uthayakumar, S. Sathiaseelan, T. Kumar, A. Kumaresan, N. Tanasilan, Thirumal Raj, M. Darshan, A. Dineswaran, S. Mohanraj dan R. Nantha Kumar.

Tertuduh lain ialah S. Gobinath, M. Ravishankar, M. Thinesh, N. Tannish, S. Sagadevan, Mohamad Faisal Mohamad Sharif dan G. Sivanamtham.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh yang berusia lingkungan 18 hingga 47 tahun  selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan kerana mereka ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan kes itu akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi, lapor BERNAMA.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Flat Sri Selangor di antara Januari 2015 dan Jun 2021 mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farhan Aliff Ahmad, Nur Ainaa Ridzwan, Maryam Jamielah Manaff dan Rajdeep Singh Bhupinder Singh manakala 17 tertuduh diwakili peguam Datuk Geethan Ram Vincent, T. Harpal Singh, Jay Moy Wei Jiun, Wan Zaleha Abdul Wahab, P. Taneswaran serta K. Komagan dan dua lagi tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Harpal memohon mahkamah membenarkan dua anak guamnya (Rosli dan Mohamad Faisal) diikat jamin atas alasan Seksyen 13 Akta SOSMA tidak berperlembagaan dan permohonan itu disokong oleh peguam lain.

Bagaimanapun, Maryam Jamielah membantah permohonan itu atas alasan kesalahan di bawah SOSMA tidak boleh dijamin.

Hakim M.M. Edwin Paramjothy menetapkan 6 Ogos untuk sebutan semula kes dan keputusan berhubung permohonan jaminan oleh pembelaan.

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan