24.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 2, 2022

PKRC di MAEPS terima kes pertama 4.50 petang tadi

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PUSAT Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang telah menerima kes Covid-19 pertama sekitar 4.50 petang tadi.

Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL) merangkap Komander Klang Valley COVID-19 Unified Command Centre, Datin Paduka Dr Rohana Johan berkata, PKRC Zon Wilayah Tengah (ZWT) di MAEPS itu dibuka secara berperingkat bermula dengan 100 katil dan akan ditambah ke 850 katil sekiranya diperlukan.

Maklumat berkenaan dikongsikan oleh Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

Dalam perkongsian berkenaan, KKM turut memaparkan video berdurasi 20 saat membabitkan sebuah kenderaan Klinik Kesihatan Putrajaya, Presint 18 yang dipandu masuk ke perkarangan PKRC berkenaan.

Sebelum itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pembukaan berkenaan bukanlah tanda katil di hospital tidak mencukupi, tetapi ia sebagai langkah proaktif mengurangkan bebanan di hospital.

Baca juga:   Tarik sokongan PN pengkhianat bangsa - QIAM

Bahkan, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Dr Aminuddin Hassim, dilaporkan berkata, PKRC MAEPS dibuka semula untuk menampung jumlah pesakit kes Covid-19 yang semakin meninggi di Lembah Klang.

Menurut beliau, ia sebagai strategik kerajaan untuk menghadapi gelombang varian Omicron yang kini mencatatkan kes harian mencecah angka 30,000.

Untuk rekod, sebelum ini, PKRC MAEPS ditutup secara rasmi pada 8 Februari lalu.

Penutupan tersebut berikutan kes membabitkan kategori tiga, empat dan lima menunjukkan angka penurunan mendadak.

Baca juga:   Peguam Negara putuskan tiada tindakan ke atas Khairuddin

Lebih 166,000 pesakit Covid-19 ditempatkan di Maeps sepanjang hampir dua tahun penularan Covid-19 merebak ke negara ini.

-EDISI9

Terkini

“3A” pendekatan Pemuda BN tambat pengundi

PEMUDA Barisan Nasional (BN) perlu menggunakan pendekatan "3A" dalam menjamin serta memastikan kemenangan di setiap kawasan yang ditandingi oleh calon...

Lagi Artikel Berkaitan