28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kejayaan Pavilion Malaysia cermin komitmen terhadap kelestarian

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEJAYAAN Pavilion Malaysia merangkul Anugerah Emas sempena Expo 2020 Dubai mencerminkan kejayaan Malaysia di pentas antarabangsa dalam menyampaikan komitmen negara terhadap kelestarian dengan mengekalkan biodiversiti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, anugerah itu juga merupakan testimoni antarabangsa terhadap pengisian program di Pavilion Malaysia sepanjang pameran selama enam bulan yang berlangsung dari 1 Oktober 2021 sehingga 31 Mac 2022 itu.

“Anugerah ini juga merupakan testimoni antarabangsa terhadap pengisian program-program di Pavilion Malaysia seiring dengan tema, konsep dan reka bentuk pavilion yang bertemakan kanopi hutan hujan dengan mengguna pakai pelbagai konsep semula jadi seperti air terjun, taman-taman menegak dan elemen-elemen semula jadi yang lain,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Untuk rekod, Pavilion Malaysia memperoleh Anugerah Emas bagi Tafsiran Tema di bawah kategori pavilion kecil oleh Bureau International des Expositions (BIE).

Advertisements

Ini merupakan kejayaan pertama meraih anugerah tersebut bagi kategori pavilion berukuran kurang daripada 1,750 meter persegi. Ia dianggap bertepatan dengan tema pameran iaitu ‘Menghubungkan Minda, Mencipta Masa depan’, dengan subtema ‘Kelestarian, Mobiliti dan Peluang’.

Lakaran artis Pavilion Malaysia di Expo 2020 Dubai.

Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, setiap pavilion dinilai daripada segi keberkesanan komunikasinya dengan dunia mengenai usaha untuk menyelesaikan cabaran mendesak yang berkaitan dengan tema terbabit.

Katanya, Pavilion Malaysia membawa tema Energising Sustainability dengan menceritakan bagaimana kemajuan sosioekonomi boleh berlaku tanpa mengorbankan alam sekitar, dengan rakyat membina kemajuan ke arah masa depan yang lebih mampan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing

SEORANG pemilik sebuah stesen minyak didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Selayang kerana menjual barangan kawalan berjadual petrol RON95 kepada...

Lagi Artikel Berkaitan